  

He is the first bumiputera (indigenous - Kadazan
Tatana )
bishop in Malaysia and the first local bishop of the diocese of Keningau. Born
on the 1st July 1949 in Kg. Bundu Kuala Penyu. Entered St. Francis Xavier minor
seminary in Singapore in 1970 and College General major seminary in Penang in
1972. Ordained as a priest on the 27th March 1977 at St. Peter Bundu Kuala Penyu
parish by the late Bishop Simon Fung. Appointed as Vicar General of the Diocese of Kota
Kinabalu in June 1987. Appointed as Bishop of the new Diocese of Keningau on the
17th December 1992. Ordained as a Bishop on the 6th May 1993 at St. Francis
Xavier Cathedral Keningau by Archbishop Datuk Peter Chung of Archdiocese of Kuching.

LAMBANG KEUSKUPAN (COAT
OF ARMS
)
Lambang yang digunakan oleh Uskup Datuk Cornelius Piong
untuk Keuskupan Keningau adalah berupa sebuah perisai. Sepertimana Perisai
digunakan untuk menangkis serangan-serangan musuh, begitu juga perisai disini
melambangkan alat yang digunakan untuk menangkis segala serangan iblis. Di
atasnya terletak sebuah topi uskup yang berwarna hijau dengan enam utas jumbai
yang berwarna emas tergantung di kedua-dua belah topi itu. Ini melambangkan
perpaduan Gereja tempatan dengan Gereja sejagat.
Dimuka perisai tergambar lambang Ekaristi, Firman Tuhan,
komuniti dan sifat asli Keuskupan Keningau.
Berikut
adalah penerangan singkat makna setiap bahagian lambang :
Topi dan Jumbai :
Dalam tradisi Gereja Katolik kedua-duanya melambangkan jawatan seseorang Uskup
Diocese.
Alkitab, Roti
dan cawan : Melambangkan Firman Tuhan dan
Ekaristi yang menjadi sumber dan kesegaran kehidupan kristiani.
Corak “Pinungu
Lansat Sinubang” yang ditempatkan di empat penjuru melambangkan komuniti umat Katolik yang
dibentuk berpusat pada Ekaristi dan Firman Tuhan.
Penyusunan lambang
komuniti umat Katolik adalah berbentuk salib,
melambangkan perjuangan, pengorbanan dan cinta kasih Kristus Yesus yang harus
menjadi semangat setiap komunti.
Warna Kuning yang berpinggir corak ‘Inandus’ melambangkan keaslian Keuskupan Keningau di
dalam Gereja sejagat.
Warna Hijau
berpinggir ‘Inandus’ melambangkan kehijauan dan kemurnian ekologi Keuskupan
Keningau yang harus disayangi dan dikawal dari bahaya-bahaya pencemaran. Ianya
juga melambangkan harapan dan kesegaran hidup sepertimana impian Allah Pencipta
untuk umat manusia.
Slogan
KEBAHAGIAAN ADALAH KEKITAAN adalah ilham dari cara hidup umat
Kristian pertama (KPR. 2:41-47). Tujuan menggunakan slogan ini ialah
mendorong umat diseluruh Keuskupan Keningau supaya menghargai, melindungi dan
menghayati semangat KEKITAAN yang sedia ada didalam keluarga dan masyarakat.
Kebahagiaan sejati hanya dapat dialami apabila semangat saling menerima
dan memberi perhatian terhadap kebajikan satu sama lain dan persekitaran
diamalkan didalam keluarga dan masyarakat. Komuniti umat Katolik adalah diharap
akan menjadi penggerak ke arah Visi dan Misi Keuskupan Keningau. Dan dengan itu
dapat berjuang di dalam perjalanan iman bersama Gereja Sejagat.
|