you are:  home / BERITA

Vol 15 No 6 September 2003  

   

NAVIGATOR: BERITA

+

Pentahbisan Diakon Felix Au

+

Penziarahan Iman

+

Program Pembentukan Iman

+

Belia Anglican dan Catholic memuji Tuhan bersama

+

Mesyuarat Agung Blok Rosari

 

Mesyuarat Agung Blok Rosari


KUCHING – Mesyuarat Agung Blok Rosari Paroki St Joseph, Kuching telah diadakan pada 1 September 2003 di dewan Tan Sri William Tan, SMB St Joseph. Seramai seratus enam puluh para pewakilan yang terdiri daripada ketua-ketua blok Rosari, pembantu-pembantu dan ahli-ahli turut hadir. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Padri Paroki St Joseph, Fr Nicholas Ng. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para pewakilan yang hadir supaya kekal dengan amalan tradisi Gereja Katolik dan jangan sekali menyeleweng daripada ajaran dan amalan sebenarnya. Marian Spiritualiti telah lama diamalkan di Gereja kita. Kita menghormati Maria Ibunda Yesus Kristus. Blok Rosari adalah satu-satunya organisasi awam di Gereja kita yang mempromosikan devosi atau ‘devotion’ terhadap Ibunda Maria. Bapa Suci John Paul kedua telah mengistyharkan tahun ini sebagai tahun Rosari.

     Fr Nicholas Ng menasihatkan lagi para perwakilan supaya terus menyatupadukan umat Katolik di Taman-taman perumahan tempat ahli-ahli tinggal masing-masing. Bersatu padu melalui doa bersama antara keluarga-keluarga ahli Blok Rosari adalah sangat penting sekali. Dengan secara sedemikian, ahli-ahli Blok Rosari boleh menitikberatkan kebajikan keluarga jiran-jiran dan menjemput keluarga Katolik yang lain supaya menyertai aktivitinya. Blok Rosari di Taman-taman Perumahan seharusnya diperkembangan lagi supaya para umat Katolik yang menyertainya berpeluang berinteraksi antara satu sama lain walaupun pelbagai kaum, budaya dan latarbelakang.

     Dalam mesyuarat Agung tersebut, antara usul yang diluluskan termasuklah meminda tempoh khidmat ketua sembahyang atau ketua Blok daripada dua tahun kepada tiga tahun dalam satu penggal setelah dipilih. Fr Nicholas Ng yang sebagai presiden dan ‘spiritual Advisor’ organisasi tersebut telah melancarkan buku doa Rosari yang baru dalam Bahasa Malaysia yang berharga RM 1.00 senaskah. Buku Rosari tersebut mengandungi misteri-misteri Rosari termasuk yang baru iaitu Misteri Cahaya. Pelbagai doa boleh digunakan oleh pemimpin Blok Rosari semasa ketiadaan padri dalam sesi-sesi doa tersebut seperti doa persediaan kematian, selepas pengkebumian, majlis pertunangan, berkat rumah dan sebagainya. Buku doa Rosari tersebut telah disusun oleh Saudara Stephen Geri ak Ginung dibantu oleh Katekis Maxmilan Longer dan disunting oleh Katekis Cosmas Klumai. Ianya kemudian telah diluluskan oleh padri-paroki dan Uskup Agung Emiritus Peter Chung untuk dicetak dan diterbitkan.
   

Disumbangkan


 

This material is subject to copyright and any unauthorised use or copying is prohibited.
Copyright © 2003 Today's Catholic ONLINE. All Rights Reserved.