|
BAU –
Parish Youth Ministry telah menganjurkan penziarahan ke Sri Aman pada 16 dan 17 Ogos. Objektif utama penziarahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dengan belia Anglikan dan belia Katolik di
sana.
Pelbagai aktiviti telah diadakan, gabungan dari para belia di sana dan pihak PYM. Pada sebelah petang, kami bersukaneka dan ia diakhiri dengan perlawanan bola sepak di antara PYM dan Belia Anglikan. Walaupun belia Anglikan kalah dalam kedua-dua kategori iaitu lelaki dan wanita, namun mereka bermain dengan rasa seronok
sangat.
Maklumlah pertama kali bertemu dengan kami dan mereka mudah bergaul mesra dengan kami. Selesai saja bersukaneka, kami balik mandi, makan malam dan bersedia untuk “Malam Komuniti” yang diadakan pada sebelah malamnya
pula.
Malam Komuniti dimulakan dengan nyanyian bersama, permainan serta puji dan sembah. Malam tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari belia Anglikan, belia Katolik dan pihak PYM sendiri. Acara pada malam tersebut diakhiri dengan Taize dan penyampaian cenderamata kepada wakil belia Anglikan dan Katolik Sri
Aman.
Keesokan harinya, kami sama-sama menghadiri Misa di sana dan pulang ke Bau selepas Misa tersebut. Walaupun perjalanan kami sungguh memenatkan namun para belia yang turut serta sungguh berpuas hati kerana dapat mempelajari hidup berkomuniti dan bergaul mesra dengan kenalan baru.
oleh Angeia Josline
|