|
KOTA PADAWAN - Lebih 200 orang hadir pada Seminar Pembentukan
Iman yang diadakan sehari di Kpg Peraya pada 15 Jun. Seminar ini adalah
program membaharui iman umat Katolik di bawah Paroki St Ann. Sambutan
seminar tersebut di Kpg Peraya sangat mengalakkan dan peratusan yang hadir
ialah 65%. Seminar dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Friar
Joseph Lee.
Tajuk-tajuk ceramah dalam
seminar itu ialah seperti berikut: Gereja yang berkomuniti sebagai
masyarakat (Stephen); Kehidupan Kristian (Michael Junim dan Catherine
Jerimit); Doa Keluarga (Griffin Edan); Kesedaran Kasihatan (Michael Junim)
dan Petacara Misa Kudus (Bro Jivan OFM).
Para penceramah menyentuh
tentang kepentingan kerjasama antara umat, hormat menghormati dalam
keluarga termasuk kepentingan doa dalam keluarga dan kesihatan dalam tubuh
badan untuk mewujudkan keluarga bahagia. Pengajaran yang disampaikan oleh
para penceramah dalam seminar itu sangat bermakna dan berguna untuk
membantu umat mengamalkan kehidupan Kristian yang sihat di Kpg Peraya.
Bro Jivan menerangkan
susunan Misa Kudus dan bahagian Ekaristi dalam perayaan Misa Kudus.
Perayaan Misa Kudus tidak ubah seperti kita menyambut perayaan lain
seperti Gawai di dalam masyarakat kini. Kita yang hadir dalam perayaan
Misa Kudus harus mengambil bahagian bersama-sama dengan Paderi yang
mengendalikan Misa. Tanpa penglibatan umat. Misa tersebut tidak memberi
makna. Kita harus sedar bahawa di bahagian Ekaristi (Sakramen tubuh dan
darah) Yesus benar-benar hadir. Pengorbanan Yesus pada salib hadir di
altar semasa konsekrasi roti dan wain menjadi tubuh dan darah Kristus
melalui kata-kata Paderi yang merayakan Misa.
Seterusnya acara kemuncak
seminar diakhiri dengan perayaan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Friar
Joseph Lee disusuli memotong kek sempena menyambut Hari Bapa dan Gereja St
Anthony Padua Kpg Peraya. Seminar ini menyedarkan tanggungjawab umat dalam
hidup orang Kristian.
Oleh Kevin Jindes
|