you are:  home / BERITA

Vol 15 No 6 September 2003  

   

NAVIGATOR: BERITA

+

Pentahbisan Diakon Felix Au

+

Penziarahan Iman

+

Program Pembentukan Iman

+

Belia Anglican dan Catholic memuji Tuhan bersama

+

Mesyuarat Agung Blok Rosari

 

Penziarahan Iman
 


KOTA PADAWAN - Pada 12 Julai 2003 seramai 40 orang yang terdiri daripada kakitangan St Ann, AJK Pengelola Pesta St Ann untuk tahun 2003 serta keluarga mereka telah melaksanakan sebuah penziarahan iman (pilgrimage) ke Gereja Our Lady Queen of Peace, Sri Aman sempena Tahun Rosario.

     Penziarahan ke Gereja Our Lady Queen of Peace, Sri Aman bermula dari paroki St Ann pada jam 6.30 pagi. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam, telah diadakan sembahyang rosario yang diselang-selikan dengan nyanyian lagu-lagu rohani yang dipimpin oleh Stephen Sundin, John Harry Dan, Michael Junim dan Joseph Godeng, bersesuaian dengan objektif penziarahan, iaitu selaku aktiviti yang suci dan murni.

     Sejurus sampai di Gereja Queen of Peace kami telah disambut oleh Fr Richard Khoo dan para Sister dari Our Lady Queen of f Peace.

     Program yang direncana pada hari tersebut ialah ceramah berkenaan dengan SantoFransiskus dan Ekaristi oleh Fr Joseph Goh OFM.

     Sesi mengambil gambarfoto, lawatan singkat ke Bandar Sri Aman, doa rosario dan diakhiri dengan perayaan Misa Kudus oleh Fr Joseph Goh OFM, dibantu oleh pelayan altar dan para sister dari Our Lady Queen of Peace turut dijalankan.

     Pada jam lebih kurang 3.30 petang, rombongan penziarahan telah berangkat pulang ke Kuching. Sekali lagi diadakan doa rosario dan nyanyian rohani sepanjang perjalanan yang dibimbing oleh Michael Junim dan John Harry Dan. Penziarahan tersebut telah berjaya diharungi sungguhpun sepanjang perjalanan pergi dan balik kami digodai oleh berbagai dugaan dan berbagai situasi yang kurang menyenangkan.

     Penziarahan kami telah mencapai objektifnya kerana ia memberi seribu macam pengertian dengan menguatkan lagi iman kami terhadap cinta kasih Tuhan Yesus Kristus. 

oleh Jose Geda 


 

This material is subject to copyright and any unauthorised use or copying is prohibited.
Copyright © 2003 Today's Catholic ONLINE. All Rights Reserved.