|
KUCHING Gereja St Mark, Batu Kawa menjadi tuan rumah untuk pentahbisan kepada Diakonat bagi Felix Au Kheng Wee pada 16 Ogos, dalam satu kongregasi para klergi dan religius yang terbesar sekali di Gereja St Mark sejak pembukaannya hampir dua tahun
lalu.
Majlis pentahbisan dipimpin oleh Uskup Agung John Ha. Turut hadir ialah Uskup Agung Emeritus Peter Chung, paderi St Joseph, Kuching, Fr Nicholas Ng, paderi paroki St Teresa, Serian, Fr Augustine Jepy dan kira-kira 20 orang paderi tempatan dan paderi
pelawat.
Diakon Felix Au, anak sulung Simon dan Marian Au dari Kuching adalah seorang graduan seminari Pontificio Collegio Beda di Rom. Beliau akan dihantar untuk berkhidmat di Paroki St Teresa, Serian selepas pentahbisan
beliau.
Majlis berwarna-warni dimulakan dengan muzik tradisi gong sambil Uskup Agung John Ha memimpin kongregasi klergi ke dalam
Gereja.
Dalam ucapan beliau selepas pentahbisan, Uskup Agung John Ha mengucapkan tahniah kepada Diakon Felix Au kerana membalas panggilan Tuhan untuk berkhidmat sebagai seorang pelayan sungguhpun beliau telah mendapat kerja sebagai seorang jurutera dengan Sarawak Shell di Miri. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana pemberian panggilan paderi dan juga menyuarakan penghargaan kepada Simon dan Marian Au kerana memberi anak mereka untuk perkhidmatan
Tuhan.
Dia akan menjadikan dirinya sebagai pelayan kepada semua
dan memberi tubuh dan darah Tuhan kepada komuniti yang beriman, beliau
menambah.
Selepas majlis ahli-ahli kongregasi dijemput ke satu majlis
persaudaraan di dewan Gereja.
Disumbangkan
|