News

Editorial

  Faith & Life

 Feature

Focus

Question & Answer

  Youth

  Children's Corner


Berita

Iman & Hidup

  Fokus

   S& J

  Belia


Home

Other Catholic Sites


Sponsored by RCNet



 Vol 16 No 9 Dec 2002


Signpost
Turun Ke Bumi

Sambil kita memandang kepada krib pada Krismas ini sekali lagi kita bersemuka dengan misteri menakjubkan Tuhan, maha kuasa dan abadi, yang masuk ke dalam sifat semula jadi manusia dalam keadaan yang miskin dan rendah. Dilahirkan kepada ibu bapa yang rendah diri dalam kandang orang lain bukanlah idea kita tentang kehadiran yang tepat bagi seorang VIP! Adakah Tuhan benar-benar merancangnya sedemikian atau kebetulannya ia hanya berlaku demikian?

Sudah tentu tiada kebetulan demikian. Keadaan rendah diri kelahiran Yesus adalah konsisten dengan keseluruhan riwayat kehidupanNya. Semasa zaman bayi Dia terpaksa dilarikan bersama-sama ibu bapaNya sebagai orang larian ke Mesir. Kemudian Dia menjalani kehidupan buat tiga puluh tahun secara sunyi di kampung kecil Nazareth, di mana Dia dikenali sebagai "anak tukang kayu" - tiada mukzijat, tiada nama; hanyalah kehidupan harian yang biasa dalam keluarga, komuniti, kerja dan doa. Kemudian Dia memilih para nelayan yang rendah diri untuk mengongsikan pelayanan awamNya dan berjalan kaki di jalan-jalan Palestin.

Dia tidak membina bangunan peringatan dan malah tidak mempunyai sebuah rumah: "Dia tidak mempunyai tempat untuk rehat dan tidur". Dia bergaul dengan mereka yang miskin, dengan mereka yang menderita, bermasalah atau dalam buangan. Dia menolak semua penghormatan dan gelaran, berbaju seperti orang biasa dan mengutuk lakonan dan gaya luaran pihak Farisi dan kelas paderi. Dia diseksa kerana prinsipNya dan dikerahkan kepada kematian yang memalukan.

Sambil kita merayakan Krismas mendatang kita mungkin menanya mengapakah Tuhan memilih untuk "menjadi tubuh badan" dengan cara demikian? Dalam memilih kehidupan yang miskin, sederhana dan menderita lebih daripada kekayaan, nama dan kesenangan, apakah yang Dia ingin mengatakan? Yesus tidak mengutuk kekayaan sendirinya, dan apabila seorang kaya datang melawat Dia, kita diberitahu bahawa Yesus mengasihi dia. Tetapi apabila dia enggan menyerahkan kesemua kekayaannya, Yesus mengatakan dengan nada yang sedih, "Betapa susahnya bagi orang kaya memasuki Kerajaan Tuhan".

Mengapakah ia sukar? Bukan kerana kekayaan itu berdosa, tetapi kerana kekayaan, status dan kuasa boleh mempengaruhi kita. Pertama, ia mungkin mengakibatkan kita mempercayai bahawa kita adalah lebih baik daripada orang lain; lebih baik, lebih berjaya, lebih dihormati - "Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana saya bukan seperti orang lain". Kita mungkin menjadi lebih dipenuhi dengan kebanggaan, keangkuhan dan ketamakan, kesemuanya halangan-halangan utama kepada kemasukan ke Kerajaan Tuhan.

Kedua, ia boleh mengakibatkan kita agar mengikuti satu kesedaran selamat dan berpuas sehingga ia menjadikan kita tidak mengendahkan kewujudan dan penderitaan mereka yang miskin dan tersisir. Kita hidup secara mewah di menara gading kita, memberi derma sekali-sekala kepada pihak yang memerlukan kemurahan hati dan mungkin berdoa bagi mereka yang memerlukan. Lebih daripada itu, mereka yang miskin dan sistem sosial yang menindas mereka, tidak lagi menyentuh kita; satu kes "out of sight out of mind".

Kelemahan utama umat manusia yang terjatuh adalah ketamakan dan kepentingan diri. Inilah dosa-dosa yang menyebabkan dan melangsungkan skandal kemiskinan di seluruh dunia, di tengah-tengah kemewahan dan keborosan; dosa-dosa yang menjerit ke syurga bagi membalas dendam.

Perayaan Krismas kita memerlukan lebih daripada jamuan, barang perhiasan dan hadiah. Kita perlu merenung tentang martabat dan kesucian setiap insan manusia dan kesamaan kita di depan Tuhan tanpa mengira status sosial. Berilah pemikiran istimewa  bagi semua bayi yang akan dilahirkan pada Krismas ini dalam keadaan yang sama seperti di Bethelehem - pondok di luar bandar, dalam pondok tempat setinggan, dalam tempat teduh buatan kadbod, di kawasan sesak di merata dunia. Di tempat-tempat inilah, Yesus terus dilahirkan di kalangan kita, sekiranya kita mempunyai mata untuk melihat.

Bro Columba Gleeson
(Diterjemahkan)


 
Selamat Krismas
Selamat Krismas kepada semua pembaca dan semua sahabat saya di Sarawak. Semoga cahaya Kristus akan menerangi kehidupan anda pada Krismas ini dan sepanjang tahun depan.
Bro Columba Gleeson
Bro Columba adalah seorang brother De La Salle yang bekerja di sekolah-sekolah di Sarawak sejak 1958-1987. Sejak 1988 hingga 1997, beliau adalah pengarang "Today's Catholic" dan juga terlibat dalam pembentukan keimanan dan program-program kateketikal di Keuskupan Agung. Beliau kini bekerja di Castletown, Ireland, menjaga para Brother yang telah bersara.

Fikirkan perkara ini ...(Filipi 4:8)
Anak-anakku!
Janganlah kita mengasihi
hanya dengan kata-kata belaka.
Kita harus saling mengasihi dengan kasih yang sejati,
yang dibuktikan dengan perbuatan. 
- 1 Yohanes 3:18 -
KKK. Diperolehi dari KATEKISMUS GEREJA KATOLIK

Pengajaran Gereja Katolik tentang perkara terakhir

1015  "Caro salutis est cardo - daging adalah poros keselamatan" (Tertulianus, res.8,2). Kita percaya akan Tuhan, Pencipta daging; kita percaya akan Sabda, yang sudah menjadi daging, supaya menebus daging; kita percaya akan kebangkitan daging, di mana penciptaan dan penebusan daging disempurnakan.

1016  Oleh kematian, jiwa dipisahkan dari badan; tetapi dalam kebangkitan, tuhan akan memberi kehidupan abadi kepada badan yang telah diubah, dengan mempersatukannya kembali dengan jiwa kita. Seperti Kristus telah bangkit dan hidup untuk selamanya, demikian juga kita semua akan bangkit pada hari kiamat.

1038  Sesudah kebangkitan semua orang mati "baik orang yang benar maupun yang tidak benar" (Kis 24:15), menyusullah pengadilan terakhir. Itulah saatnya, di mana "semua orang yang di dalam kubur akan mendengar suara-Nya. Dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untuk hidup yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum" (Yoh 5:28-29). Lalu, "Anak Manusia datang dalam kemuliaan-Nya dan semua melaikat bersama-sama dengan dia... Lalu semua bangsa akan dikumpulkan di hadapan-Nya dan Dia akan memisahkan mereka seorang dari pada seorang, sama seperti gembala memisahkan domba dari kambing. Dia akan menempatkan domba-domba di sebelah kanan-Nya dan kambing-kambing di sebelah kiri-Nya... Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup kekal" (Mat 25: 31. 32-33, 46).

1053  "Kita percaya, kawanan besar orang yang disatukan dengan Yesus dan Maria dalam firdaus, membentuk Gereja surgawi. Mereka memandang Tuhan seperti ada-Nya dalam kebahagian abadi. Mereka, berbada dalam tingkat dan cara, mengambil bagian dalam kekuasaan ilahi, yang dilakukan Kristus dalam kemuliaan bersama para malaikat kudus. Mereka mendoakan kita dan membantu kita dalam kelemahan kita oleh perhatiannya sebagai saudara" (SPF 29).

1057 Siksa neraka yang paling buruk ialah perpisahan abadi dengan Tuhan. Hanya di dalam Tuhan, manusia dapat menemukan kehidupan dan kebahagiaan. Untuk itulah ia diciptakan dan itulah juga kerinduannya.


Iman & Hidup sambungan