News

Editorial

  Faith & Life

 Feature

Focus

Question & Answer

  Youth

  Children's Corner


Berita

Iman & Hidup

  Fokus

   S& J

  Belia


Home

Other Catholic Sites


Sponsored by RCNet



 Vol 16 No 9 Dec 2002




MISI KITA HARI INI

12.  Misi bagi setiap orang

oleh Fr Simon Poh 
(terjemahan)

Pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu, baptis dan ajarlah mereka (Mat 28:19-20)


Pengenalan: Misi adalah bagi SEMUA umat Katolik

Seringnya apabila perkataan misi atau evangelisasi disebutkan, umat Katolik cenderung untuk mengaitkannya dengan para mubaligh, paderi, religius dan para katekis sepenuh masa. Bagaimanapun, misi adalah sebab utama kewujudan Gereja. Gereja - yang terdiri daripada para Uskup, Paderi, religius dan umat awam - wujud untuk evangelisasi. Lebih penting lagi, umat awam mempunyai panggilan unik dalam membawa Injil kepada dunia sekular, dalam keluarga mereka, jiran dan sekolah, pejabat dan malahan di tempat pasar1

Dalam artikel terakhir ini dalam siri Misi Kita Hari Ini, saya ingin mengakhiri dengan satu artikel oleh Dr. Susan Blum, yang menggariskan Six Steps to Effective Evangelization1  dan Misi yang mana setiap umat Katolik dapat melaksanakan dengan mudah!

Langkah Pertama: Menjadi Pengikut

Sebelum kita menjadi seorang pembawa utusan Berita Baik yang berkesan, biarlah kita menjadi pengikut dahulu. Kita perlu menjadi umat yang berdoa, mempunyai keimanan yang berakar kepada Firman Tuhan dan menjadi ahli komuniti yang menyembah Tuhan dan aktif dalam melayani kepada orang lain. (Lihat sisipan bagi beberapa kualiti seorang pengikut).

Langkah Kedua: Bersahabat Dengan Orang Lain

Dalam artikel-artikel terdahulu saya tentang Dialog Antara Agama2 dan Ekumenisme3, saya telah menegaskan bahawa semua umat katolik dipanggil untuk mengamalkan Dialog Kehidupan dan Tindakan. Dialog Kehidupan adalah hidup sebagai jiran baik antara satu sama lain. Dialog Tindakan menyeru semua untuk mengenepikan segala prejudis dan bekerja sama dengan kaum, agama lain untuk menjadikan kawasan setempat, bandar, bandaraya dan dunia sebagai satu tempat yang lebih baik. Dalam bidang-bidang inilah kita dapat menyaksikan keimanan kita dengan kehidupan Kristian - bersopan-santun, suka menerima tetamu, membantu, bertimbang rasa dan mudah didekati. Menjadi seorang jiran yang baik adalah langkah penting dalam misi dan evangelisasi!

Langkah Ketiga: Mengongsikan Cerita Keimanan Kita

Ramai umat Katolik sangat baik dalam melakukan apa yang Bapa Suci Paulus mengatakan sebagai "saksi pendiam kehidupan kita." Kita kerap pergi ke Misa pada hari minggu, menghantar anak-anak kita ke Sekolah Hari Minggu. Kita meletakkan salib di pintu utama rumah kita. Kita mempunyai sebuah altar di bilik tetamu kita dan Gambar Suci pada dinding kita. Kita sering mengadakan perjumpaan rumah ke rumah bagi doa rosari. Malah kita memakai salib. Dalam kereta, kita menggantungkan rosari dan meletakkan pelekat pada kereta seperti Pray the Rosary daily, Jesus is Lord, dll. 

Bagaimanapun, kita umat Katolik tidak berasa senang dengan "penyaksian lisan." Kita tidak biasa "memberi testimoni" tentang pengalaman Tuhan, memberitahu orang lain tentang pengalaman Yesus secara peribadi dan doa (seperti semasa Perjumpaan Doa Karismatik). Saya percaya bahawa adalah penting bagi setiap umat Katolik mengambil masa untuk merenung tentang pengalaman agama mereka. Saya yakin ada pengalaman mengkagumkan yang dapat dikongsikan dengan orang lain, untuk menggalakkan mereka bertumbuh dalam keimanan. Buat permulaan, saya dapati adalah amat membantu untuk menulis perkongsian kerana ini menolong kita menjelaskan aliran pemikiran dan memfokuskan testimoni tentang apa yang Tuhan telah buat bagi kita. Dan apabila kesempatan timbul, ini dapat dikongsikan dengan rakan setugas, sahabat, dll.

Langkah Keempat: Mengongsikan Cerita Kristus - Mengisytiharkan Injil

Setelah mengongsikan dengan orang lain tentang apa yang Tuhan telah lakukan kepada kita (contohnya bagaimana Yesus membantu keluarga mengatasi masa percubaan),  langkah seterusnya ialah untuk mengongsikan dengan mereka siapakah Yesus. Kita perlu mengetahui kepercayaan kita dan khususnya cerita kehidupan dan peristiwa penting tentang Yesus. Saya dapati bahawa cerita-cerita injil tentang Yesus seperti Peristiwa Krismas, Orang Samaria Yang Baik, Anak Boros, Kristus sebagai Cara, Kebenaran dan Kehidupan yang meninggalkan kita agar menyediakan tempat di Rumah Bapa, Santapan Terakhir, Salib, Kebangkitan, Jalan Ke Emmaus, dll. adalah titik permulaan yang baik bagi perkongsian Cerita Kehidupan Kristus. Beritahulah sahabat kita siapakah Yesus agar mereka juga dapat mengetahui Dia dan menemui kepercayaan dalam Yesus (Rom 10:14).

Langkah Kelima: Menjemput Orang Lain Kepada Penukaran

 Seseorang yang telah mendengar Cerita Keimanan kita dan Cerita Kristus kemudiannya boleh dijemput untuk menghadiri Misa Hari Minggu, Perjumpaan Doa, Kumpulan Rosari, Seminar Pemulihan atau Retret, Perjumpaan Injil, Peziarahan ke Mt Singai, Hujung Minggu CHOICE, dll. Pengalaman rohaniah dan doa demikian akan memimpin seseorang untuk membuat komitmen dan penukaran kepada Yesus sebagai Pemulih, Tuhan dan Penyelamat.

Jemputan kepada penukaran mungkin menimbulkan satu soalan mudah, yang disampaikan melalui jempatan kepada doa. Susan Blum menyarankan satu pendekatan yang praktik "Adakah anda inginkan kami berdoa bersama-sama anda, atau bagi anda dan keluarga anda?" Dan sekiranya mereka menyatakan ya, beritahulah mereka dengan jelas apa yang akan berlaku, contohnya, "Apa yang saya akan lakukan ialah mengadakan doa pendek, agar kita dapat berdiam diri buat sementara. Bolehkah kita memegang tangan kita dalam satu bulatan? Kemudiannya saya akan memimpin doa bagi keluarga anda. Adakah sesiapa yang istimewa yang memerlukan doa kita? Ö Dan sekiranya anda berasa selesa dengan ini, mungkin pada akhirnya, sekiranya anda inginkan, untuk menawarkan doa. Dan kita boleh mengakhiri dengan berdoa 'Bapa kami' bersama-sama."

Dengan cara ini, mereka akan mengetahui tentang apa yang berlaku, tidak berasa was-was tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Justeru itu mereka akan berasa senang dan benar-benar menikmati doa sebagai komunikasi dengan Tuhan, menjemput Tuhan sepenuhnya kepada kehidupan mereka dan keluarga mereka. Cubalah! Dan melihat kuasa doa dalam memimpin orang lain kepada Kristus!

Langkah Keenam: Integrasi Saudara/i Baru Dengan Komuniti

Pada langkah terakhir ini, seseorang yang menyertai katekesis berkenaan Kepercayaan Kristian (contohnya RCIA) dan kemudiannya integrasi ke dalam komuniti Katolik melalui Pembaptisan, Komuni Pertama (semasa Vigili Paska). Saudara/i baru ini patut dijemput untuk mengambil bahagian dalam Pertubuhan Umat Awam dan Pelayanan, perkongsian AlKitab atau Kumpulan Doa. Kita berdoa agar saudara/i baru ini akan meneruskan kerja misi dan evangelisasi, (1) dengan menjadi seorang pengikut, (2) yang akan bersahabat dengan orang lain, (3) menjadi saksi kepada kepercayaan baru mereka, mengisytiharkan cerita Kristus, (4) menjemput orang lain kepada penukaran dan (5) integrasi saudara/i baru ke dalam komuniti, (6) menjadi pengikut baru yang kemudiannya akan meneruskan misi.

Rumusan

Kita diperingatkan akan misi ini pada akhir setiap Misa, di mana paderi akan mengutuskan kita dengan kata-kata berikut: "Misa telah berakhir. Pergilah dalam kedamaian untuk mengasihi dan melayani Tuhan." Inilah satu penggilan untuk meneruskan misi Yesus dalam keluarga, jiran, masyarakat dan dunia kita. Oleh yang demikian, biarlah setiap orang "Pergilah, menjadilah mereka pengikut, baptiskan dan mengajarlah mereka" (Mat 28:19-20).

Kualiti seorang pengikut yang benar

Dengan menjadikan Tuhan sebagai paksi kehidupan mereka, umat Kristian dapat terus berusaha bagi matlamat berikut:

_ Kesetiaan - mengikut perintah dalam pemikiran, kata-kata dan tindakan
_ Kedamaian dalaman - direalisasi melalui doa dan renungan
_ Cinta kasih bagi semua, termasuk mereka yang tidak dikasihi, tertindas dan tiada sahabat
_ Kepercayaan dalam kuasa dan cinta kasih tak terhingga Tuhan
_ Memberi sumber-sumber kepada Tuhan
_ Kegembiraan - bergembira dalam pemberian kehidupan
_ Sifat rendah diri - menyedari dosa diri dan pergantungan kepada Tuhan
_ Ketahanan - mempunyai keberanian, kekuatan, kesabaran pada masa-masa susah
_ Pengampunan - meniadakan sifat geram dan membalas dendam bagi sebarang kesalahan

"Setiap orang yang mahu mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku" (Lukas 9:23)
Dikutip daripada Your Christian Mission, Sebuah buku Scriptographic oleh Channing L.Bete, USA 1976. 

1 Susan Blum, Six Steps to Effective Evangelization, in Ralph Martin & Peter Williamson, eds., John Paul II and the New Evangelization, Ignatius Press, San Francisco 1995, Chapter 9, pp. 125-138.